PROSES TEMPAHAN




Langkah I : HUBUNGI KPN
Pelanggan hendaklah berhubung dengan Pengurus Perniagaan bagi memulakan urusan.

Langkah II : PEMILIHAN REKABENTUK
Pelan lantai mesti sesuai dengan bentuk dan saiz tanah.
Bawa bersama sesalinan geran tanah ketika bertemu Pengurus Perniagaan KPN untuk rujukan.

Langkah III : SEBUTHARGA
Sebutharga akan dikeluarkan berdasarkan rekabentuk yang dipilih.
Spesifikasi bahan binaan dan Jadual Tuntutan Pembayaran akan dilampirkan bersama sebutharga tersebut.

Langkah IV : BORANG TEMPAHAN
Borang tempahan lengkap akan diisikan setelah pelanggan bersetuju dengan sebutharga, spesifikasi bahan, Jadual Tuntutan Kerja dan Jadual Kerja.
Borang Tempahan yang telah diisilengkap hendaklah diserahkan bersama-sama dengan sesalinan kad pengenalan, geran tanah, cukai tahunan tanah dan bayaran tempahan sebanyak RM1,000.00.

Langkah V : LAWATAN TAPAK RUMAH
Pihak KPN akan membuat lawatan dalam tempoh 10 hari waktu bekerja bagi memastikan keadaan tanah bersesuaian dan sedia untuk pembinaan.
Tuan Tanah hendaklah mempastikan keadaan tanah tersebut bebas daripada sebarang bentuk halangan kerja pembinaan.

Langkah VI : PEMBATALAN HASRAT
Jika pelanggan berhasrat untuk membatalkan kerja pembinaan tersebut dan belum menandatangani perjanjian pembinaan, pihak syarikat akan menolak kos pengurusan sebanyak RM500.00.
Pelanggan dan kontraktor adalah terikat setelah Perjanjian Kontraktor ditandatangani hendaklah mengikut syarat2 dalam kontrak berkenaan.

Langkah VII : PERJANJIAN KONTRAKTOR
Perjanjian Kontraktor akan disediakan oleh KPN Terengganu dan akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak setelah dipersetujui dengan kehadiran Peguam yang dilantik.
Pelanggan hendaklah menjelaskan pendahuluan 10% daripada kos pembinaan kepada KPN semasa menandatangani perjanjian tersebut sebagai bukti dan tanda persetujuan.

Langkah VIII : PELAN PENUH
Pelan penuh akan disediakan setelah Perjanjian Kontraktor ditandatangani dan duit pendahuluan 10% diselesaikan.
Pelukis Pelan Bertauliah akan dilantik bagi menguruskan proses kelulusan pelan oleh PBT.

Langkah IX : KERJA PEMBINAAN
Kerja pembinaan akan hanya dimulakan setelah mendapat kelulusan pelan dan permit pembinaan daripada PBT.
Kerja pembinaan tertakluk kepada pembayaran bayaran pertama diterima iaitu mengikut Jadual Pembayaran Berperingkat seperti di dalam perjanjian.

Langkah X : SERAH KUNCI
Pihak KPN Terengganu hanya akan membuat serahan kunci selepas rumah telah siap sepenuhnya.
Tempuh tanggung kecacatan adalah 18 bulan dari tarikh serah kunci kepada pemilik.

ETIKA SIBER

Memuat Turun Sebarang Perisian Atau Dokumen Tanpa Kebenaran Adalah Salah Dari Sisi Undang2 Hakcipta.

KPN Terengganu Adalah Pemudahcara Akan Melakukan Urusniaga Secara Atas Talian Dengan Penyedia Asal Rekabentuk Bagi Pihak Pelanggan.

Hanya Dokumen Yang Sah Pembelian Sahaja Akan Diuruskan Oleh KPN Untuk Tujuan Pembinaan Dan Kelulusan PBT.

KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DIATAS SEBARANG BENTUK KERUGIAN YANG DIALAMI KERANA MENGAMBIL DAN MENGGUNA MAKLUMAT DARI LAMAN BLOG INI TANPA IZIN.