PROFIL PERNIAGAAN

PENGENALAN
KPN adalah kontraktor perumahan, sebuah perniagaan berdaftar dengan SSM dan CIDB untuk pembinaan bangunan dan kejuruteraan awam sahaja.

Sebagai sebuah perniagaan yang baru ditubuhkan, KPN berusaha mengisi ruang diantara kontraktor sediada bagi membantu masyarakat yang memiliki impian untuk memiliki rumah bagi keluarga tersayang.

Sistem Pengurusan Kejuruteraan dan Sistem Pengurusan Projek Berkualiti Tinggi menjadi asas pengurusan pembinaan KPN. Pelanggan adalah RAJA bagi kami dan tiada bertolak ansur dalam menjaga kepentingan pelanggan kami.

VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI :
Menjadi pembina rumah kediaman berkualiti tinggi dan mesra penghuni persekitarannya.

MISI :
Sentiasa mengguna rekabentuk terkini, bahan sumber berkualiti,tukang rumah berkemahiran tinggi dan mengekal mutu standing nilai serta menjaga sekuriti pelanggan dan kelestarian alam sekitar awam. 

OBJEKTIF
Mempastikan nilai pelaburan pelanggan adalah setimpal dengan mutu produk yang dibeli. Mempastikan rungutan sifar oleh pelanggan setelah mendapat pemilikan kosong serta menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang efektif. 

NILAI KORPORAT
SEMANGAT KERJA BERASASKAN MASYARAKAT.
KPN sangat mengutamakan semangat kerja berpasukan serta mengambil berat urusniaga dengan rakaniaga dan penduduk sekeliling. 

PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN.
Pelanggan adalah majikan kepada KPN dan akan sentiasa bertindak untuk kepentingan pelanggan.

PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN.
Demi mempastikan objektif perniagaan tercapai, penambahbaikan dalam sistem pengurusan akan sentiasa diberi nilai tambah dengan merujuk setiap projek yang dilaksanakan.

BERINTEGRITI DAN TELUS.
Integriti akan menjadi teras asas dalam apa jua tindak tanduk dalam pengurusan supaya KPN boleh diterima pelanggan sebagai kontraktor yang boleh dipercayai, beramanah dan bertanggungjawab.

PIAGAM PELANGGAN
Kami akan sentiasa beretika dan telus dalam menjalankan tugas2 berikut:-
  • Pembangunan Konsep Rekabentuk. 
  • Sebutharga. 
  • Pengurusan Kontrak. 
  • Perolehan. 
  • Pembinaan. 
  • Milikan Kosong. 
  • Tanggungan Kecacatan. 
  • Perkhidmatan Selepas Jualan. 
Kami juga berikrar akan sentiasa menjaga sebarang aduan pelanggan dan memberi maklumbalas dengan kadar segera.

CARTA ORGANISASI


LOKASI PEJABAT

TERATAK PRIMA NASEK
No.1257, Jalan Gong Tok Nasek,
21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel/Fax: 011-1787-8859
E-mail: primanasek888@gmail.com
Laman Blog: primanasek.blogspot.my

ETIKA SIBER

Memuat Turun Sebarang Perisian Atau Dokumen Tanpa Kebenaran Adalah Salah Dari Sisi Undang2 Hakcipta.

KPN Terengganu Adalah Pemudahcara Akan Melakukan Urusniaga Secara Atas Talian Dengan Penyedia Asal Rekabentuk Bagi Pihak Pelanggan.

Hanya Dokumen Yang Sah Pembelian Sahaja Akan Diuruskan Oleh KPN Untuk Tujuan Pembinaan Dan Kelulusan PBT.

KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DIATAS SEBARANG BENTUK KERUGIAN YANG DIALAMI KERANA MENGAMBIL DAN MENGGUNA MAKLUMAT DARI LAMAN BLOG INI TANPA IZIN.